Sunday, 23 March 2014

Jendela Hidup

Masa kecil dulu sentiasa gembira
diejek dibaling batu pon tetap ada tawa dihujungnya
Masa sekarang 21 tahun
mudahkah nak gembira?
semakin banyak benda nak dipikir.
kadang-kadang dalam satu hari terlupa untuk tertawa
sekarang inilah dunia yang sebenar
saat semua manusia simpulkan sifat mereka
kita menilai, kita senyap
jangan berkata banyak
nanti orang tak suka

Duhai Manusia

Duhai manusia
tidak ku pandang harta yang melimpah
tidak ku kagum kereta yang besar dan mewah
tidak ku cemburu rumah nan indah bak istana
tidak ku dengki jawatanmu yg tinggi
tapi cukuplah dengan budi bahasamu yg indah
sudah pasti semua insan suka mendampingimu

Sunday, 16 March 2014

KECEWA

Dulu tak aku percaya dengan cinta,
tapi hadirnya perasaan itu aku jangka,
kadang-kadang pada orang yang xpernah aku sangka

Aku terus selami perasaan ini,
ternyata bukan indah
tapi aku terus sabar

Dan saat aku sabar,
Hati aku sakit,
Sakit yg menjadi parut
dan aku tak nak disakiti lagi.



Wednesday, 19 February 2014

Aku Pernah Cuba

Aku pernah cuba
cuba untuk memberi yang terbaik dalam hidupku
tapi aku masih belum mengecapinya
hampir tiga tahun aku cuba
mungkin aku perlu lakukan lebih banyak pengorbanan
usaha kena lebih
rezeki itu dari usaha kita
bukan mudah mendapat sesuatu tanpa usaha
jangan pernah lupa padaNya
ada seorang ustazah cakap
kegagalan bukan kerana Allah tidak sayangkan kita
tapi Allah mahu bagi yang lebih baik dari itu
bila kita gagal pasti tersedar
kita mula ingat padaNya
dan kita mula usaha tanpa henti
disaat orang lain bergembira menyebarkan kejayaan
aku masih beribu batu jauh di belakang
hanya harapan yang aku angankan
semoga aku mampu mencapainya


Sejak Hari Itu

Pengalaman memberi ku kekuatan
pengalaman memberi ku peringatan
Bukan sengaja ku melukakan hati insan
Sekadar tidak mahu perkara yang sama berulang
Tiada niat ku berdiam diri pergi sejauh ini
Aku sekadar ingin memberi ruang
Agar tiada kekacauan di jiwa ini
Biarkanlah masa itu menemukan kita semua satu hari nanti.

kegagalan bukan penamat tapi peluang untuk melakukan yang terbaik

Friday, 29 November 2013

Hati

Dalam hidup ini banyak hati yang perlu dijaga
tak kira lah sesiapa pun, sebab memang semua manusia ada hati dan perasaan
kalau buat sesuatu yang menyebabkan hati orang itu kecewa dan geram
pasti akan ingat sampai bila-bila
mungkin perasaan itu akan hilang
tapi bila ada perkara yang boleh membangkitkan perasaan itu
pasti perasaan itu akan datang semula.
Maaf semua orang boleh lakukan
tapi melupakan perkara itu mungkin sukar
sebab ia akan menjadi sejarah dalam hidup
satu pengalaman hidup
yang membuatkan kamu berusaha agar ia tidak berulang kembali.



Tuesday, 26 November 2013

Abang kandungku

Dari aku kecil sehingga sekarang
Aku teringin melihat dia sihat
Sihat dan memiliki kehidupan yang bahagia
YA. dia abang kandungku,
aku tidak heran apa manusia ingin berkata tentang dia
aku sayang dia walaupun ada yang memandang hina padanya.
Ibu dan ayahku berpesan, saat mereka tiada nanti.
Jagalah abangmu itu,dia istimewa dan tidak sama dengan kita.
Jangan pernah pinggirkan dia, walau bagaimanapun keadaan dia
DIA ABANG KANDUNGMU, kamu semua lahir dari rahim yang sama.
Darah yang mengalir dalam tubuhmu adalah sama.
Seindah sabar ibu ayahku menjaganya,
Begitu aku akan menjaganya kelak.
Aku tidak berputus asa mendoa agar dia sihat, walaupun harapannya senipis tisu.


Ayah dan ibuku tersayang.