Friday 29 November 2013

Hati

Dalam hidup ini banyak hati yang perlu dijaga
tak kira lah sesiapa pun, sebab memang semua manusia ada hati dan perasaan
kalau buat sesuatu yang menyebabkan hati orang itu kecewa dan geram
pasti akan ingat sampai bila-bila
mungkin perasaan itu akan hilang
tapi bila ada perkara yang boleh membangkitkan perasaan itu
pasti perasaan itu akan datang semula.
Maaf semua orang boleh lakukan
tapi melupakan perkara itu mungkin sukar
sebab ia akan menjadi sejarah dalam hidup
satu pengalaman hidup
yang membuatkan kamu berusaha agar ia tidak berulang kembali.



Tuesday 26 November 2013

Abang kandungku

Dari aku kecil sehingga sekarang
Aku teringin melihat dia sihat
Sihat dan memiliki kehidupan yang bahagia
YA. dia abang kandungku,
aku tidak heran apa manusia ingin berkata tentang dia
aku sayang dia walaupun ada yang memandang hina padanya.
Ibu dan ayahku berpesan, saat mereka tiada nanti.
Jagalah abangmu itu,dia istimewa dan tidak sama dengan kita.
Jangan pernah pinggirkan dia, walau bagaimanapun keadaan dia
DIA ABANG KANDUNGMU, kamu semua lahir dari rahim yang sama.
Darah yang mengalir dalam tubuhmu adalah sama.
Seindah sabar ibu ayahku menjaganya,
Begitu aku akan menjaganya kelak.
Aku tidak berputus asa mendoa agar dia sihat, walaupun harapannya senipis tisu.


Ayah dan ibuku tersayang.

Friday 25 October 2013

Ke sana


Aku teringin
teringan ke sana
ciptaan Allah yang sangat indah
entah kenapa perasaan ini begitu teringin ke sana
indah damai ciptaaNYA
semoga aku dapat pergi kesana melihat keindahannya


#PULAU HENTIAN KECIL



Bantuan

Bila sebut tentang duit
ia memang sesuatu yang membebankan
ye duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit
aku akui aku bukan orang yang senang,
tapi bila melihat insan yang lain lagi susah, aku terkedu
aku rasa dia lebih memerlukan, kalau aku xbantu apa akan jadi
aku risau, di penghujungnya aku bantu juga.
selepas itu mula aku terpikir aku juga memerlukan duit itu kerna
aku juga sama susah sepertinya.

Berdoalah dimurahkan rezeki, Allah itu Maha Pemurah
jangan diungkit dan dikesali apa yang telah diberi.




Hinaan

Assalamualaikum w.b.t

Dari kecil ibu dan ayahku tidak pernah putus memberikan kata-kata semangat kepadaku.
Ayat yang paling aku ingat dan suka ialah "penghinaan satu kekuatan".
Ye memang betol, aku pernah merasa dihina satu sekolah, satu kampung.
Xperlulah aku cerita sebab ape, sebab kalau aku cerita pasti ada yang xpaham bahasa,
Alhamdulilah, bila kita kuat hadapi hinaan itu, pasti ada kejayaan yang menunggu.
Bila orang hina aku, aku memang senyap,paling kurang pon lepas aku balik rumah pasti aku akan menangis.
Dah 2 dah xsanggup nak tahan sakit kat dada, baik aku nangis. Biasalah perempuan kan.
Kemudian, aku xambil hinaan itu  untuk mundur dan mengalah, tapi aku bangkit dengan gagah.


Tekanan

Apa itu tekanan, macam-macam kan,
sukar untuk diluah dan dijelaskan.
hidup ini perlu bersyukur selalu,
sebab ada insan mengalami tekanan yang lagi dahsyat
tekanan bukan sesuatu yang perlu dielak, tapi sesuatu yang perlu dilalui dengan cara yang betul.
walau macam mane stress pon  dugaan itu, kita tetap kena tempuhi juga.
Mohon agar Allah permudahkan segalanya.


Monday 7 October 2013

Kecil ku, tidak bererti lemah


Kawan

Bila masa berlalu pantas, banyak yang sudah berubah
 aku berubah, kau berubah
aku akui kita pernah rapat suatu ketika dulu
zaman yang mana kita masih utuh ukhwah sebagai kawan
kini aku dgn diri aku dan kau dengan mereka.
siapa aku, kamu sudah lupakah.
aku tidak kesah asalkan kamu tidak melupakan ukhwah yang terbina.



Merenungkan perjalanan hidup yang masih panjang.

Friday 6 September 2013

Rumah ini


Rumah ini tempat aku lahir,
Rumah ini tempat aku membesar,
Rumah ini banyak makanan yg sedap2
Memang xada tempat lain yg paling best selain rumah ini
Rumah ibu dan ayahku.