Wednesday 19 February 2014

Aku Pernah Cuba

Aku pernah cuba
cuba untuk memberi yang terbaik dalam hidupku
tapi aku masih belum mengecapinya
hampir tiga tahun aku cuba
mungkin aku perlu lakukan lebih banyak pengorbanan
usaha kena lebih
rezeki itu dari usaha kita
bukan mudah mendapat sesuatu tanpa usaha
jangan pernah lupa padaNya
ada seorang ustazah cakap
kegagalan bukan kerana Allah tidak sayangkan kita
tapi Allah mahu bagi yang lebih baik dari itu
bila kita gagal pasti tersedar
kita mula ingat padaNya
dan kita mula usaha tanpa henti
disaat orang lain bergembira menyebarkan kejayaan
aku masih beribu batu jauh di belakang
hanya harapan yang aku angankan
semoga aku mampu mencapainya


Sejak Hari Itu

Pengalaman memberi ku kekuatan
pengalaman memberi ku peringatan
Bukan sengaja ku melukakan hati insan
Sekadar tidak mahu perkara yang sama berulang
Tiada niat ku berdiam diri pergi sejauh ini
Aku sekadar ingin memberi ruang
Agar tiada kekacauan di jiwa ini
Biarkanlah masa itu menemukan kita semua satu hari nanti.

kegagalan bukan penamat tapi peluang untuk melakukan yang terbaik