Tuesday 9 January 2018

Bangkit

Menyelam duka lara,
Umpama menikam dada dengan rela,
Tiada henti sakit dirasa,
Jika kau terus memendam rasa,

Pahit manis buka rasa yang biasa,
Tapi rasa yang mampu membina,
Jangan kau rendahkan diri kerana darjat dan harta,
Kerana ia bukan boleh dibawa ke syurga,

Lemah,lelah,perit dan sakit,
Keluhan yang tiada makna,
Sekadar lelahan biasa,
Bagi insan yang tahu erti hidup di dunia,

Jangan kau terus dihimpit rasa sengsara,
Bangkit dan maju lah tanpa derita,
Pedulikan apa manusia mengata,
Tapi jangan kau pula terasa,
Kerana ia mampu membuat kau jatuh semula.

By:Ekintalkah

Hati

Mencari kegembiraan di hati,
Umpama memahat diri sendiri,
Membiarkan diri terus dilukai,
Asalkan yang lain tidak menangis sendiri,

Meniti hari dengan sepi,
Merintih,menangis bukan mimpi,
Membuka pintu hati,
Agar bisa aku berdiri lagi,

Menyusur hari-hari yang tiada henti,
Menikam rasa hati dari terus menanti,
Mengharap cebisan rasa dan erti,
Yang mampu membuat kau tersenyum sendiri,

Jika jasad sudah penat bediri,
Baringlah dikau dengan hati yang suci,
Biarkan lelah menghabisi detik ini,
Pergilah jasad bersemadi,
Dengan indah dan suci.

By: Ekintalkah