Ku pandang jendela
Apakah aku mampu terbang bebas
Meyebarkan rasa hati ini
Agar semuanya tahu
akan isi hati perempuan
Nampaknya kuat
kudratnya terhad
menahan air mata ini
daripada nampak
Dalam hati ini
guruh kuat
hati menangis
xmampu dilukis
akan perasan yang cuba ditangkis
Hati kuat
hati sentiasa bersuara sendiri
pasti esok ada bahagianya
Usah tangisi mereka yang berdekah-dekah
seronok melihat kamu dibenci dipinggir
Usah kau lemah dengan kezaliman mereka
yang suka mencalarkan benakmu
Usah kau kabur dari pandangan mereka
kerana biarkan mereka tahu
kamu kuat, dan mereka si pembelot.